|
|
PENYANYI pop kelahiran Australia, Kylie Minogue bersetuju untuk merakamkan bentuk payu dara sebagai tanda sokongan terhadap kempen pencegahan penyakit berbahaya kepada golongan wanita itu.
Ia juga sebagai satu cara kesedaran kepada kaum hawa agar mengamalkan cara hidup yang sihat agar terhindar dari penyakit berkenaan.
Pada sesi fotografi yang dilakukan jurugambar Mario Testino baru-baru ini, wanita yang lahir pada 28 Mei 1968 itu berbogel dan menayangkan payu dara. Namun, di bahagian tepi lengannya ditutupi oleh sehelai kain sutera yang menggunakan logo Fashion Targets Breast Cancer.
''Apa yang hendak dikesalkan dengan 'pengorbanan' saya ini berbanding apa yang dilalui wanita di luar sana? Saya tidak kisah," katanya merujuk kepada kemahuannya beraksi sedemikian.
Kylie tidak kisah berkongsi cerita tentang penyakit yang hampir meragut nyawanya pada 2005 kerana tiada siapa yang tahu perasaannya pada saat menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi selama lapan bulan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: