Sunday, April 11, 2010

Jerry Yan anak haram?




BINTANG Meteor Garden, Jerry Yan buat pertama kalinya memberi penjelasan berkenaan khabar angin mengatakan dia dilahirkan sebelum ikatan pernikahan yang sah.

''Saya tidak tahu berkaitan perkara itu, kalau boleh juga, saya tidak mahu ambil tahu tentangnya," lapor Channel NewsAsia.

Pelakon kelahiran Taiwan ini bagaimanapun memberitahu bahawa ibu adalah segala-gala buat dirinya. Wanita itu banyak berkorban dan bekerja keras bagi memastikan keperluan pelakon berusia 33 tahun itu benar-benar sempurna.

Ditanya tentang tanggapan sesetengah pihak mengatakan dia pernah ditawarkan menjadi gigolo semasa di sekolah menengah satu ketika dahulu, Yan hanya tersenyum panjang.

''Ibu akan 'membunuh' saya kalau dia mendapat tahu saya adalah gigolo,'' tutur penyanyi dan model popular ini secara berseloroh.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: