KILLINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Hasrat pemilik resort The Mountain Inn di sini, untuk bercuti selama beberapa bulan musnah selepas 60 pelajar sekolah dari Britain dan guru pengiring mereka kembali semula ke pusat peranginan berkenaan untuk menginap kerana mereka terkandas disebabkan penerbangan ditangguhkan akibat awan abu.
Pada pukul 2 pagi (waktu tempatan) Ahad lepas, kumpulan pelajar Sekolah Judd mendaftar masuk ke hotel 50 bilik itu yang terletak berhampiran resort ski Killington, di Negeri Vermont, AS.
Namun, mereka bernasib baik berbanding puluhan ribu orang yang terpaksa tidur di atas kerusi dan lantai lapangan terbang di seluruh dunia bagi menunggu ruang udara di Eropah dibuka semula untuk penerbangan selepas gunung berapi Eyjafjallajokull di Iceland meletus sejak Rabu lepas.
Dua restoran tempatan bersetuju membekalkan makanan malam kepada mereka.
Sekolah mereka yang terletak di Tonbridge, Kent, Britain mengirimkan wang menerusi Internet kepada guru pengiring, Martin Rivers bagi membantunya membayar aktiviti bermain boling, menonton wayang dan ekspedisi mendaki bukit.
Turut dihantar melalui Internet adalah kerja sekolah mereka yang dilakukan pelajar sekolah berkenaan di restoran hotel itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: