TAMPIN: Pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin di sini, kecoh seketika apabila jenazah seorang lelaki beristeri tiga menjadi rebutan sehingga memaksa campur tangan polis dan hospital.
REMUK...kenderaan mangsa yang terbabit kemalangan, semalam. Gambar kecil, Abdul Rahman Abdul Rashid.
Isteri kedua mangsa, Faridah Abdullah, 60, datang ke Hospital Tampin kira-kira jam 8.45 pagi membuat pengecaman dan menuntut mayat suami bagi dibawa pulang Rembau untuk dikebumikan.
Sejam kemudian, anak lelaki sulung mangsa (anak dengan isteri pertama), Mohd Fadil, 35, datang ke bilik mayat hospital berkenaan membuat pengecaman.
Mereka enggan mengalah menyebabkan polis dan hospital campur tangan.
Faridah berkata, ketika hayatnya, arwah suaminya berpesan supaya dia dikebumikan di Rembau.
Sementara itu, Mohd Fadil berkata, dia lebih berhak menuntut jenazah berkenaan kerana anak sulung daripada tujuh beradik isteri pertama arwah.
Kekecohan itu bagaimanapun diselesaikan Pegawai Penyisat kes berkenaan, Sub Inspektor Othman Sulaiman serta beberapa kakitangan hospital dan jenazah berkenaan diserahkan kepada Mohd Fadil.
Jenazah Allahyarham yang juga Pembantu Perubatan Hospital Alor Gajah Melaka dibawa balik ke rumahnya di Taman Bachang Baru, Melaka dan dikebumikan di tanah perkuburan Pasir Putih, Bachang, selepas selesai dimandi dan dikafankan di Hospital Tampin.
Menurutnya, sepasukan polis yang menerima maklumat kejadian itu bergegas ke tempat kejadian bagi melakukan siasatan.
“Berdasarkan siasatan awal, Proton Saga dipandu mangsa terbabas ke kanan jalan dan bertembung lori berkenaan.
“Mangsa mati di tempat kejadian kerana parah bahagian dalaman selain kaki kiri patah,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau di talian 06-6851222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
ni yang payah nie... satu rupakan amanah.. satu rupakan tanggungjawab.. so.. kepada sesiapa yang kawin banyak2 tu, buat wasiat .. supaya tidak menyusahkan sesiapa di kemudian hari.... pheh... tau nak kawin ramai2... ( yelah, tau dah jodoh dan sememangnya berlaku adil semasa hidup) .. tapi jangan lupa, selepas mati pun akan timbul permasalahan... so.. jangan lupa buat wasiat bertulis.. bukan pakai mulut
ReplyDelete