BANK Simpanan Nasional (BSN) yang kini menguruskan kira-kira RM2 bilion membabitkan simpanan pelanggan melalui produk ditawarkan, optimis mampu menjana pertumbuhan deposit RM250 juta sehingga hujung tahun ini.
CENDERAHATI...Azaddin menunjukkan pengukur tekanan darah untuk 2,000 pelanggan pertama BSN Ahsan Warga Emas.
Terbaru, beliau berkata, BSN melancarkan produk BSN Ahsan Warga Emas (Akaun Pelaburan Am-i), produk terbaru khusus untuk warga emas.
Menurutnya, warga emas dipilih sebagai sasaran berikutan kelompok itu lebih berpotensi untuk menabung dengan jumlah besar dalam jangka masa panjang.
“BSN Ahsan Warga Emas ialah produk perbankan Islam menggunakan konsep Mudharabah yang menawarkan ciri-ciri produk menarik dan terbaik sesuai dengan keperluan dan kehendak warga emas berusia lebih 50 tahun.
“Dengan pelancaran ini, BSN yakin mampu menjana pertumbuhan RM25 juta sebulan seterusnya mencapai sasaran RM250 juta dalam tempoh 10 bulan,” katanya pada sidang media memperkenalkan BSN Ahsan Warga Emas (Akaun Pelaburan Am-i) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Katanya, menerusi produk itu, BSN menawarkan kadar keuntungan kompetitif dengan pelaburan minimum RM5,000.
Menurutnya, warga emas yang layak mengeluarkan simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelanggan BSN yang mempunyai akaun pencen bersama BSN turut layak menyertai pelaburan terbabit.
Beliau berkata, bagi menambah nilai, BSN menyediakan cenderamata, pengukur tekanan darah kepada 2,000 pelanggan pertama yang membuat pelaburan lebih RM10,000.
Beliau berkata, bagi menambah nilai, BSN menyediakan cenderamata, ‘Blood Preasure Monitor’ kepada 2,000 pelanggan pertama yang membuat pelaburan lebih RM10,000.
SYABAS TUAN ATAS USAHA PROMOSI INI...
ReplyDelete