Tuesday, April 27, 2010

Kak Pah masih laris

Penyanyi evergreen Datuk Sharifah Aini semakin hari semakin laris. Tak putus-putus siri persembahannya. Baru-baru ini Datuk Sharifah atau Kak Pah selesai mengadakan persembahan amal up Close & Personal With Sharifah Aini di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Selepas ini sebuah lagi persembahan amal dijayakannya iaitu, To Mum With Love From Datuk Sharifah Aini yang akan diadakan di Hotel Palace of The Golden Horses pada 28 Mei depan. Apa istimewanya?

Persembahan tersebut akan disertai Mawi sebagai artis undangan. Nampaknya dua anak Johor bergabung menjayakan persembahan istimewa tersebut.

Untuk menyaksikan persembahan selama tiga jam beserta juadah makan malam tiket dikenakanpada harga RM250++, RM450++ dan RM550++. Bagi yang membuat tempahan sebelum 7 Mei boleh menikmati potongan sebanyak 15 peratus.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-89443794 atau 03-89464888 sambungan 4924.

Banyak lagu khas ibu

Kak Pah memiliki rakaman banyak lagu yang ditujukan khas buat ibu seperti Mawar Putih Untuk Mama, Syurga Di Telapak Kaki Ibu, Mama dan beberapa lagi. Pasti lagu-lagu tersebut menjadi pilihannya.

Pasti meminat akan terhibur menonton persembahan biduanita tersohor ini. Apatah lagi diserikan dengan kehadiran Mawi.

Sharifah Aini dan Mawi

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: