![]() Pasha dan Rossa antara penyanyi popular. Malah kementerian yang berkaitan juga mengenakan syarat agar stesen radio memutarkan lagu-lagu baru artis tempatan sebagai syarat untuk terus mendapat lesen penyiaran. Ia rentetan perkara sama apabila banyak sangat rungutan lagu baru artis tempatan tak mendapat tempat.
Itu menunjukkan betapa seriusnya perkara tersebut. Bukan setakat banyaknya lagu Indonesia, malah lagu-lagu mereka juga turut mendapat pengiktirafan apabila turut dimuatkan dalam carta lagu-lagu popular. Jangan terkejut banyak carta yang mengangkat lagu seberang sebagai juaranya.
![]() Ahmad Dhani juga popular di Malaysia Dulu, semasa stesen radio swasta tak bercambah macam sekarang tak ada masalah semacam ini. Walaupun lagu-lagu Indonesia diputarkan, tapi bila masuk bab carta lagu popular, hanya lagu tempatan sahaja yang disenaraikan. Semua maklum segmen carta lagu popular ramai yang mengikuti sebab lazimnya disiarkan pada hujung minggu. Sepatutnya segmen itu boleh dijadikan medan untuk mempromosikan lagu-lagu tempatan sekiranya penerbit mengenakan syarat hanya lagu tempatan sahaja yang boleh disenaraikan. Kalau benar-benar mahu menerbitkan carta lagu popular seberang, terbitkanlah satu rancangan khas untuk itu. Memang sudah ada sebenarnya segmen carta lagu popular Indonesia terbitan Suria FM sebagai contoh. Tapi dalam masa yang sama, lagu-lagu tersebut turut dimuatkan dalam carta lain yang mempertandingkan lagu-lagu tempatan. Istimewa sungguh lagu Indonesia di mata pengelola stesen radio swasta sehingga dapat tempat yang lebih tinggi berbanding lagu-lagu tempatan. Itu belum lagi dikira kesungguhan syarikat rakaman tempatan membawa masuk kumpulan dan artis solo dari Indonesia apabila mereka nampak ada market untuk pasaran sini. Nama-nama seperti Ungu, Rossa, Kris Dayanti, Glenn, Dewa 19, Peterpan, Wali Band dan banyak lagi antara nama yang sedang mendapat tempat di sini. Bila ada sahaja lagu baru mereka, orang kita yang berebut-rebut mahu memutarkannya. Malah ada satu perebutan untuk menjadi stesen radio pertama memutarkan lagu baru dari sana. Walhal penyanyi tempatan terpaksa menunggu giliran yang ditetapkan sebelum dapat mendengar lagu mereka diputarkan. Perlukah lagu-lagu seberang dimasukkan dalam segmen Carta Lagu Popular? |
Tuesday, April 27, 2010
Perlukah lagu Indonesia dalam Carta Lagu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: