Sunday, April 11, 2010

Farish cari wanita baik




ASSALAMUALAIKUM Farish. Saya merupakan peminat abang Farish diharap sudi menjawab soalan saya.

1. Apa perkembangan terbaru abang Farish?

2. Dah jumpa pasangan hidup ke belum? Apa ciri-ciri wanita yang abang Farish suka?

3. Adakah abang Farish mempunyai alamat e-mel untuk peminat?

n NUR ALIA AMALINA,

Pulau Pinang.

FARISH

1. Sekarang abang tengah berlakon drama bersiri Jersey 9 untuk TV9 yang akan ditayangkan pada bulan Mei nanti. Selain mengacarakan CHOPP!! di TV9, pada bulan Mei nanti juga dokumentari bertajuk Bola akan ditayangkan di Astro RIA dimana abang menjadi pengacara bersama Zahid AF2 dan lokasi pengambaran majoritinya di Afrika Selatan. Bulan Jun nanti abang akan memulakan pengambaran Kau dan Aku musim kedua dan beberapa projek dengan Astro.

2. Pasangan hidup. Hmmm, susah nak jawab ni. Tapi abang suka yang memahami kerjaya abang, percaya sebabnya bila tak ada kepercayaan, susah untuk kita ada perhubungan. Selain itu mesti baik hati dan tak kuat cemburu.

3. E-mel kepada fzee98@gmail.com atau cari Farish Aziz di Facebook sahaja.

Mengacara bagi kepuasanASSALAMUALAIKUM abang Farish. Saya ada beberapa soalan yang ditanyakan dan berharap abang Farish dapat menjawabnya.

1. Abang Farish tak nak ke jadi pelakon sepenuh masa?

2. Bila nak tamatkan zaman bujang ?

3. Mengacara dan berlakon. Mana yang lebih memberikan kepuasan kepada abang Farish?

n Atilia Mahmud,

Seremban, Negeri Sembilan.

FARISH

1. Bukannya abang tak nak, tapi peluang menjadi pelakon dan pengacara selama ini seimbang. Jadi bergantung kepada rezeki. Kalau abang dapat peluang berlakon (watak yg sesuai dan cerita yang menarik) insya-Allah abang akan buat, begitu juga dengan pengacaraan.

2. Nanti abang akan hantar kad jemputan pada Atilia bila abang dah bersedia ok?

3. Mengacara, sebabnya Abang bermula sebagai seorang pengacara dan dengan mengacara kita boleh menjadi diri sendiri dan mengendalikan sesebuah program itu dengan gaya sendiri. Tapi lakonan turut berikan abang kepuasan, tapi kalau kena pilih satu, abang pilih mengacara.

Suka berfesyenHAI Farish. Apa khabar? Harap Farish terus sihat dan ceria di samping orang yang tersayang. Saya ada beberapa soalan yang mahu ditanyakan kepada Farish.

1. Apa perkara yang Farish selalu lakukan di waktu lapang?

2. Bagaimana Farish boleh terlibat dalam bidang seni?

3. Siapa rakan artis yang paling Farish kagumi dan senangi; dan kenapa?

n Jumanji Jorens,

Kuala Lumpur.

FARISH

1. Farish suka menonton wayang, bermain bola sepak atau futsal, menonton DVD di rumah, melihat pasukan Farish beraksi iaitu Manchester United, suka melancong, membaca buku, main game, tangkap gambar dan berfesyen.

2. Secara kebetulan, tahun 2006 selepas tamat pengajian di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Farish ke uji bakat untuk mencari hos rancangan Durian Runtuh, Alhamdullilah, rezeki Farish terpilih sebagai salah seorang pengacara. Semuanya bermula dengan Durian Runtuh.

3. Ramai! Saya kagumi rakan-rakan saya seperti Tam Suhaimi yang sudah berada dalam industri ini lebih dari 20 tahun, Nora Danish seorang ibu yang begitu gigih dan tabah dan Lisa Surihani seorang pelakon yang sangat2 berbakat. Liyana Jasmay di usia baru mencecah 22 tahun sudah memenangi anugerah tertinggi seseorang artis impikan dan kesemua mereka adalah teman-teman baik saya yang saya sendiri jadikan inspirasi untuk memajukan diri.

Nak jadi pemain MUASSALAMUALAIKUM Farish, apa khabar? Harap Farish sihat dan sentiasa dilimpahi kurniaan Tuhan.

1. Melihat Farish di televisyen nampak cool dan happy sahaja, bagaimana agaknya personaliti Farish ye?

2. Apa drama atau filem terbaru Farish?

3. Selain menjadi anak seni, apakah lagi cita-cita Farish?

n Maisarah Azizan,

Pulau Pinang.

FARISH

1. Personaliti Farish? Farish sangat happy go lucky, gila-gila dan sangat suka cabaran. Macam dalam Ronda 360 darjah ataupun program-program Farish yangg lain, Farish boleh katakan 99 peratus itu adalah diri Farish.

2. Filem tak ada lagi (belum ada offer) Hehe. Drama, Insy-Allah drama bersiri Jersey 9 di TV9 pada bulan Mei selain Kau dan Aku Musim ke-2.

3. Menjadi pemain bola sepak Manchester United!! Cita-cita saya dari kecil. Tapi secara realistiknya saya ingin orang kenali saya dengan gaya saya sendiri tak kira berlakon ataupun mengacara selain menjadi seorang produser dan pembuat cerita-cerita yg menarik.

Masih dilimpahi rezekiHAI Farish, saya ada beberapa soalan untuk abang dan sangat berharap abang dapat menjawabnya.

1. Umur dah semakin meningkat, bila lagi nak berumahtangga? Dah jumpa calon yang sesuai ke belum?

2. Bagaimana Farish nak bersaing dengan artis-artis yang sedia ada memandangkan sudah setiap tahun industri kita mengeluarkan ramai artis?

3. 10 tahun akan datang, apa agaknya yang akan jadi pada Farish ye?

n Hasan Kepoh,

Selangor.

FARISH

1. Umur muda lagi, baru 26 tahun. Hehe.Nak kahwin? Nanti akan diumumkan.

2. Bagi saya kita tidak perlu risau dengan saingan-saingan yang ada kerana saya percaya jika kita berusaha keras, kekal disiplin dan sentiasa menjadi diri sendiri, Tuhan akan memberi kita jalan yang terbaik. Dan alhamdullilah, selama empat tahun sebagai anak seni saya masih lagi dilimpahkan rezeki.

3. Soalan yang bagus! Apa ek? Semoga saya masih lagi dalam industri ini, masih menyumbangkan apa yang saya mampu dan mungkin macam saya jawab soalan sebelum ini. Cita-cita saya tercapai dan menyumbangkan sesuatu kepada industri ini.

Dah tak ada kebebasanASSALAMUALAIKUM.

Saya merupakan peminat Farish sejak anda muncul di kaca tv lagi. Saya ada beberapa soalan untuk anda dah harap anda sudi menjawab soalan saya.

1. Sepanjang bergelar anak seni, apakah cabaran terbesar yang Farish rasakan?

2. Mana lebih menyeronokkan? Mengacara atau berlakon? Bila lagi nak menyanyi?

n Cucu Tok Mat,

Batu Gajah, Perak.

FARISH

1. Saya sudah tidak mempunyai kebebasan seperti sebelum bergelar anak seni. Maksudnya, setiap gerak geri kita diperhatikan dan kita akan dinilai oleh juri-juri awam. Setiap apa yang kita lakukan mesti ada mata yang memerhati.

2. Mengacara, sebab saya lebih suka dikenali sebagai seorang pengacara daripada seorang pelakon dan sebab saya bermula sebagai seorang pengacara. Tapi bukanlah maksudnya saya tak suka menjadi seorang pelakon. Menyanyi? Nanti banjir!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: