YOON EUN HYE yang meraih populariti menerusi drama bersiri Coffee Prince dan Take Care of My Lady bakal membuat kemunculan cameo menerusi drama bersiri baru, Personal Taste.
Drama 22 episod itu mengisahkan tentang Jeon Jinho (lakonan aktor Lee Minho), seorang lelaki heteroseksual yang terpaksa menyamar menjadi lelaki gay supaya dia dapat tinggal serumah dengan wanita yang dicintainya, Gae In (lakonan Son Ye Jin).
"Yoon Eun Hye bersetuju muncul untuk watak cameo iaitu sebagai bekas kekasih Jinho pada episod kelapan Personal Taste.
"Dia muncul dalam babak Jinho dan Gae In yang mahu menonton wayang di pawagam secara tidak sengaja telah terserempak dengannya di situ," ujar sumber.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: