Thursday, April 22, 2010

Ekin Cheng selar TVB


EKIN CHENG


EKIN CHENG dilaporkan telah membuat pendedahan mengenai TVB yang didakwanya tidak berlaku adil kepada artis-artis yang mengikat kontrak dengan stesen TV itu.

Pendedahan tersebut dibuat oleh aktor ternama itu ketika hadir ke majlis mempromosi sebuah filem bersama aktres Candice Yu di Hong Kong baru-baru ini.

Kata Ekin: "Saya mempunyai kontrak bersama TVB. Namun, saya juga mengikat kontrak di bawah syarikat rakaman Big 4. Untuk satu majlis promosi filem, saya telah menghubungi TVB untuk bekerjasama dengan mereka, tetapi mereka menjawab 'adalah lebih baik tiada kerjasama dilakukan'.

Menurut Ekin, dia mencemburui aktor Jordan Chan yang tidak memiliki kontrak dengan TVB tetapi diterima dengan terbuka untuk mempromosi filemnya di situ.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: