MAKLUMAT terperinci mengenai kekuatan lawan pada saingan Piala Thomas Mei depan mampu diterbalikkan andai skuad badminton negara berjaya mengatasi setiap kelebihan mereka.
KEPASTIAN...Misbun bersama Chong Wei yang memikul harapan raih mata pertama skuad negara.
“Perseorangan pertama saya rasa mudah diagak dan setiap kekuatan dan kelemahan mereka sudah dikenal pasti.
“Kini saya fokus kepada setiap pemain kedua negara lain dengan memadankan kemungkinan menentang pemain tertentu yang bakal kita turunkan,” kata Misbun yang ditemui selepas sesi latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Katanya lagi, setiap maklumat yang diperoleh akan disampaikan kepada ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek bagi membolehkan ketua jurulatih itu membuat penilaian dan pemilihan pemain untuk skuad Piala Thomas nanti.
“Saya akan sampaikan maklumat dan bayangan kemungkinan pemain kedua yang akan diturunkan negara lain, bukan hanya untuk memudahkan pemilihan pemain kita, malah memudahkan Rashid merencanakan latihan selepas mengenalpasti aspek-aspek yang perlu ditekankan ke atas setiap pemain kebangsaan.” Pendekatan yang cuba diambil Misbun ini memperlihatkan cara berbeza dengan sebelum ini, ketika tumpuan memungut mata hanya tersandar kepada Chong Wei dan beregu pertama Koo Kien Keat/Tan Boon Heong.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: