
Malah, buat kali pertamanya, Siti berganding dengan rakan baiknya yang berasal dari Seberang, Krisdayanti (KD), dan menjanjikan persembahan yang istimewa buat peminat yang hadir.
“Ini persembahan pertama Siti dan KD sebagai artis utama. Sebelum ini kami hanya terlibat sebagai artis undangan untuk persembahan masing-masing. Saya akan berbincang dengan KD untuk membuat persembahan yang terbaik dan pastinya akan ada gimik-gimik yang menarik sepanjang dua malam ini,” katanya yang ditemui ketika pelancaran majlis tersebut di Shah Alam Convention Centre (SSCC Convec), baru-baru ini.
Siti berkata, beliau akan mendendangkan lagu-lagu popular dari albumnya. Tidak terkecuali, lagu-lagu dari album duetnya bersama KD, iaitu CTKD yang baru sahaja dilancarkan pada awal tahun lalu. Persembahan yang menggunakan khidmat penggubah lagu terkenal, Aubrey Suwito, itu juga dijangka berlangsung dengan konsep yang lebih santai dan mesra peminat.
“Persembahan ini sangat istimewa buat Siti kerana ia juga sempena pelancaran Shah Alam Convention Centre dan Siti sangat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan mereka.
"Siti harap persembahan ini akan mendapat sambutan seperti diharapkan, terutama daripada syarikat korporat tempatan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: