AKTRES British, Billie Piper disahkan mengalami tekanan selepas melahirkan anak lelakinya. Namun, pelakon itu enggan mendapatkan sebarang rawatan untuk mengubati keadaannya.
Dia yang popular menerusi filem The Secret Diary of a Call Girl melahirkan anak pertamanya, Winston bersama suaminya, Laurence Fox pada tahun 2008. Billie kemudian kembali bekerja untuk satu program televisyen dan mengaku berdepan dengan masalah untuk menanganinya.
Hanya selepas lima bulan, dia berjumpa dengan doktor tetapi pelakon berusia 27 tahun itu enggan menelan sebarang ubat bagi membantu keadaan dirinya.
Katanya: "Doktor memberitahu bahawa saya mengalami tekanan selepas bersalin. Penggambaran Secret Diary amat memenatkan dan membuat saya tertekan. Saya mula meninggalkan Winston.
"Saya baru habis menyusu anak saya dan ia satu pengalaman yang beremosi. Saya tidak tahu mengenai tekanan selepas bersalin. Mereka memberikan saya ubat tapi saya tidak mengambilnya.
"Ubat menakutkan saya kerana saya merasakan minda saya terlalu kuat untuk pil. Saya tidak berasa terdesak cuma melalui hari yang teruk."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: