WREXHAM, Wales - Beberapa perompak 'menyapu bersih' semua barangan, termasuk sinki dapur rumah seorang wanita di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Mangsa rompakan itu, Natalie Edwards hilang punca selepas mendapati karpet, kabinet dapur, kepala paip, katil, pakaian, dapur, laci dan perabot lain di rumahnya dilarikan perompak.
Natalie, 28, menyatakan, dia berasa amat takut setelah rumahnya menjadi sasaran kecurian sejak awal tahun ini sekali gus menyebabkannya mengambil keputusan untuk berpindah.
Semua kecurian itu berlaku semasa dia tiada di rumahnya.
"Saya berpindah setelah dua kali rumah saya dimasuki perompak tetapi semasa saya kembali semula pada awal bulan ini untuk mengambil barang-barang peribadi, saya dapati barangan rumah saya telah dilarikan perompak," katanya.
Seorang jurucakap polis Wales berkata, pihaknya sedang menyiasat kes tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: