Friday, April 9, 2010

Bank Islam kendali pajak gadai


WAN ISMAIL (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Aziz sambil disaksikan oleh Zukri di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) akan melabur sehingga RM25 juta untuk membuka lima cawangan pajak gadai baru di bawah Ar-Rahnu Bank Islam menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zukri Samat berkata, destinasi tumpuannya ialah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis dan wilayah tengah, yang mana cawangan pertamanya akan dibuka di Kota Bharu.

Menurutnya, perkhidmatan itu akan ditawarkan melalui sebuah anak syarikat baru yang akan diwujudkan dengan langganan saham baru dalam Fariham Corporation Sdn. Bhd. (Farihan Corporation), sebuah penyedia perkhidmatan pajak gadai Islam.

Bank Islam akan memegang 80 peratus kepentingan dalam syarikat tersebut manakala baki 20 peratus dimiliki oleh Pengarah Fariham Corporation, Aziz Nawi dan keluarganya.

Pada masa ini, Fariham Corporation mengendalikan sebuah cawangan pajak gadai di Pasir Puteh, Kelantan, dengan perolehan tahunan sebanyak RM6 juta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: