RIO DE JANEIRO - Hujan lebat di tenggara Brazil sejak Isnin lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 102 orang maut akibat banjir dan tanah runtuh.
Datuk Bandar Rio de Janeiro, Eduardo Paes berkata, semua jalan utama di bandar raya yang dihuni 16 juta penduduk itu diarah ditutup.
Katanya, banjir yang berlaku selepas hujan sebanyak 28 sentimeter dalam masa 24 jam lalu itu adalah rekod terburuk sejak 48 tahun lalu.
Turut menjadi mangsa ialah Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva apabila beliau sendiri terperangkap di bandar raya yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2016 itu kerana banjir.
"Apa yang boleh kita buat ialah berdoa kepada tuhan agar hujan tidak turun lagi," kata pemimpin Brazil itu kepada sebuah stesen radio tempatan.
Pihak berkuasa mengarahkan semua sekolah ditutup untuk hari kedua berturut-turut bagi memastikan penduduk tidak keluar rumah ekoran lalu lintas yang masih belum pulih.
Banyak kenderaan ringan terperangkap di jalan raya manakala ramai penduduk mengambil keputusan berada di rumah
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: