COVENTRY - Sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Britain merakamkan insiden seorang pekerja kedai, Debbie Kemp dibelasah dengan baton di kepala oleh seorang perompak, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum dibelasah, Kemp, 43, dan seorang lagi pekerja kedai berkenaan mengejar tiga orang perompak setelah mereka melarikan wang tunai £1,000 (RM4,876) serta beratus-ratus kotak rokok dari kedainya di sini pada minggu lalu.
Rakan pekerjanya itu berjaya menangkap seorang perompak tetapi dua lagi rakan jenayahnya datang semula ke kedai tersebut.
Seorang daripada dua perompak tersebut yang datang untuk membebaskan rakan mereka itu bertindak membelasah wanita berkenaan.
"Mereka (perompak) perlu ditangkap segera. Saya bernasib baik kerana masih hidup setelah diserang," katanya.
Seorang pegawai polis, Simon Tate menyifatkan jenayah itu sebagai kes rompakan kejam dan pihaknya berusaha untuk menangkap kumpulan perompak tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: