PERJALANAN cinta vokalis kumpulan Nidji, Giring dan kekasihnya Chintya bakal menuju ke gerbang perkahwinan. Walau belum mengumumkannya namun dia mengaku akan mengakhirinya pada tahun ini.
"Kita serius jalani hubungan ini. Ya, 50 peratuslah. Insya Allah tahun ini. Alhamdulillah ahli keluarga sudah setuju. Kita berfikir jika hubungan ini ikhlas maka semuanya berjalan lancar," ucapnya yang turut didampingi Chintya.
Ketika ditanya tentang hubungannya dengan anak-anak Chentya, Giring berkata mereka sudah pun mengelarnnya ayah.
"Anak-anak pula sudah rapat. Kadang kala mereka bingung pangil saya, Ayah atau Bapak, tapi akhirnya mereka panggil Giring saja," katanya lalu ketawa.
Sementara itu, Giring juga memberitahu bahawa dia menginginkan pernikahan yang sederhana namun meriah.
"Saya mahu nikah kecil-kecilan mungkin masjid sahaja atau juga di luar kota tapi masih belum ada keputusan," jelasnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: