NEW YORK - Seorang jurutera dari Lyon, Perancis, Julien Duret menghiasi muka depan akhbar Daily News di sini kelmarin selepas dia menyelamatkan seorang budak perempuan berumur dua tahun yang terjatuh ke dalam sebatang sungai yang sejuk, pada Sabtu lalu.
Duret, 29, dalam wawancara eksklusif dengan akhbar itu berkata, dia mendengar ada bunyi benda yang terjatuh dari pelantar di tepi sungai tersebut.
"Pada mulanya saya menyangka anak patung dan selepas melihat mangsa, saya tidak berfikir dua kali dan terus menanggalkan jaket sebelum terjun untuk menyelamatkan Bridget Sheridan di sungai yang sejuk itu," katanya.
Dia kemudian menyerahkan budak itu kepada bapanya yang turut terjun untuk menyelamatkan anaknya yang terjatuh kerana tergelincir.
Menurutnya, dia berasa terkejut selepas kembali ke Perancis kerana terdapat beberapa pihak di Amerika Syarikat (AS) cuba mencarinya bagi mendapatkan berita susulan.
Ibu Bridget, Kathleen berkata, keluarganya sedia menanggung tiket penerbangan Duret untuk kembali semula ke New York sebagai tanda penghargaan kepadanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: