Tuesday, April 20, 2010

Apresiasi Saida dan Sairah

Memilih untuk muncul dalam sebuah album duo berjudul Apresiasi, Saida dan Sairah menyifatkan album ini secara simbolik adalah penghargaan buat semua pihak yang menyokong perjuangan seni mereka.

Menjadikannya sebagai platform menonjolkan bakat tersendiri daripada terus dibayangi Siti Nurhaliza, kedua-duanya tekad melebarkan sayap di atas permintaan ibunda tercinta yang mahukan anggota keluarga bersatu dalam sebuah album.

"Janganlah pandang kami sebagai Siti Nurhaliza, terima kami sebagai Saida dan Sairah. Memang kami bertuah sebab ada syarikat keluarga yang dapat membantu mengembangkan kerjaya kami. Tapi bukanlah semudah itu untuk menjadi artis walaupun syarikat adik dapat membantu. Saya terpaksa tunggu dua tahun untuk dapatkan album yang terbaik.

"Walaupun kami cuba lari daripada bayang-bayang Siti namun masih terkena tempias juga kerana kami adik beradik." ujar Saida yang mendapat sokongan penuh daripada suami tercinta.


Lagu Kini Dikau Jauh merupakan sebuah lagu penghargaan lima beradik buat arwah bapa kesayangan, Allahyarham Tarudin Ismail yang telah pergi mengadap Ilahi tahun lalu. Istimewanya lagu ini terut menampilkan Datuk Siti Nurhaliza dan dua adik beradik lelaki mereka iaitu Ayie dan Ali.

Album ini turut memuatkan enam buah lagu iaitu Tinta Bukan Luka (Saida dan Sairah), Hero Wayang (Sairah), Akhir Cinta (Sairah), Sedalamnya Cinta (Saida) dan Di Curi Malam (Saida).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: