
“Seri Bayu menghubungi saya dengan bantuan orang lain untuk meminta dihantarkan ke majlis pengebumian Ahad lepas tapi saya tidak dapat membantu kerana berada di Johor. Mungkin kerana perasaan terkilan tidak dapat melihat arwah buat kali terakhir, Seri Bayu menghasilkan lirik Sayang Terakhir yang dikarangnya ketika berada di hospital,” ujar rakan yang banyak membantu Seri Bayu, Azmi Zahari, 44.
Menurut Azmi, jika ditanya padanya dia berpendapat lirik lagu tersebut bukanlah ditujukan kepada isteri Seri Bayu, Erema semata-mata sebaliknya ia bertitik tolak daripada perasaan sedih Seri Bayu kerana kehilangan bapa yang disayangi.
“Ketika Seri Bayu sakit saya mahu menghubungi Erema tapi dibantah Seri Bayu. Mungkin juga dia sudah tawar hati terhadap Erema yang memperlakukannya sesuka hati selama ini,” ujar Azmi lagi.
Ketika ditemui di HKL kelmarin, Seri Bayu kelihatan semakin susut dan tidak lagi berupaya untuk menggerakkan jemari sekalipun untuk menaip SMS. Begitu pun, keadaannya dilihat lebih ceria dan kerap melemparkan senyuman berbanding sebelum ini.
Berubat cara tradisional
Dalam pada itu Karyawan menerusi presidennya, Freddie Fernandez menghulurkan sumbangan berjumlah RM500 kepada Seri Bayu bagi meringankan bebannya.
“Karyawan pernah bercadang untuk memberi bantuan jika Seri Bayu tidak mempunyai tempat berlindung sebelum ini tapi masalah itu sudah selesai kerana dia kini tinggal bersama keluarga angkat yang sanggup menjaganya. Baru-baru ini saya menerima panggilan telefon daripada seseorang menyatakan ada pihak sanggup membantu dia berubat secara tradisional tanpa dikenakan bayaran. Saya sudah memanjangkan hal ini kepada keluarga angkat Seri Bayu dan mereka kata sanggup menghantarnya ke sana,” ujar Freddie.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: