|
|
SEPANG - "Saya tetap kena denda, malah dimarahi oleh jurulatih sama macam pelatih lain kalau buat salah. Saya bukan bintang di sini (Kem Princess Haliza).''
Demikian pengakuan pelakon cantik, Diana Danielle, 18, yang menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa status selebriti yang dimilikinya mendorong pengurusan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) memberi keistimewaan kepadanya selama latihan tiga bulan itu.
Diana mengakui dia sama seperti remaja lain, tiada layanan istimewa sejak dua minggu mengikuti latihan.
Pada satu ketika, dia terpaksa menerima hakikat dimarahi jurulatih kerana datang lambat ke sesi latihan.
Namun Diana yang terpilih sebagai Timbalan Penghulu Wirawati di kem itu, bersyukur kerana dapat mengadaptasikan suasana baru yang cukup menguji ketahanan mental dan fizikal dengan cepat.
Malah dia juga berjaya menangkis tanggapan mereka yang pada mulanya ragu-ragu untuk mendekatinya atas kepercayaan dia mungkin sombong.
Tetapi di sebalik latihan itu, badannya pula bertambah berisi.
"Dulu berat badan saya hanya 55 kilogram tapi setelah dua minggu di sini dah 60 kilogram, mana tidaknya, dalam sehari enam kali makan,'' katanya.
Ditanya sama ada beliau merindui bidang lakonannya, Diana menjawab: "Tak rindu langsung, saya sudah mula sesuaikan diri di sini dan setiap hari saya tak sabar nak lakukan aktiviti PLKN dan sanggup bangun 5 pagi.''
Juara One In A Million (OIAM), Suki atau Low Sook Yee, 20, dan finalis OIAM, Aliff atau Muhammad Aliff Mohd. Satar, 19, turut bangga menjadi pelatih PLKN.
"Bagi seorang artis, bangun seawal pagi bukanlah sesuatu yang biasa tetapi di PLKN, semuanya harus ditempuhi dan saya sememangnya sudah sedia mendisiplinkan diri,'' kata Suki.
Bagi Aliff, dia juga sangat teruja dengan semua modul yang disediakan dan tidak sabar-sabar untuk menjalani latihan menembak.
Kesemuanya dijangka menamatkan siri latihan pada 8 Jun ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: