|
|
KLUANG - Seekor harimau kumbang menyerang seorang wanita dan kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang cuba menangkap haiwan itu yang ditemui berkeliaran di halaman sebuah rumah di Taman Kerjasama di sini semalam.
Abdul Rahman Mintol, 50, cedera di tangan dan perut manakala wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah pula cedera di siku akibat dicakar harimau berkenaan.
Pegawai Hidupan Liar, Perhilitan Johor, Mohd. Khairul Adha Mat Amin berkata, lima pegawai jabatan itu yang ke tempat kejadian terpaksa melepaskan satu das tembakan yang mencederakan harimau terbabit.
"Kakitangan kami dan pembantu rumah itu kini menerima rawatan pesakit luar di Hospital Daerah Kluang, manakala harimau yang cedera itu pula sedang dirawat oleh pakar veterinar Zoo Melaka," kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
Mohd. Khairul berkata, pihaknya menerima laporan daripada penduduk taman perumahan yang terletak di kawasan bandar itu mengenai kehadiran haiwan buas terbabit pada pukul 8 pagi.
"Orang ramai yang mengetahui kehadiran haiwan liar itu telah mengerumuni kawasan terbabit menyebabkan harimau kumbang jantan itu semakin agresif dan cuba melarikan diri dari kawasan rumah dua tingkat berkembar itu," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: