Friday, April 3, 2009

Masa depan PLKN ditentu tahun depan

KUANTAN: Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedang melakukan kajian terhadap Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi menentukan sama ada program itu perlu diteruskan atau sebaliknya selepas lima tahun pelaksanaannya.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr Tiki Lafe berkata Kementerian Pertahanan memberi tanggungjawab itu kepada UMS agar segala maklumat dan keputusan mengenai keberkesanan PLKN dapat dibuat dengan tepat.

"Kajian yang berbentuk soal selidik terhadap pelatih yang bermula sejak 2004 akan berakhir tahun depan untuk menentukan sama ia perlu diteruskan, ditutup atau diubahsuai selaras dengan kehendak politik atau ekonomi semasa.

"Kita akan mengikuti setiap cadangan yang disyorkan dalam kajian terbabit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan PLKN Kumpulan 2 Siri 6/2009 di Kem Cahaya Gemilang dekat Cherating dekat sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: