|
|
INUL DARATISTA tampak sangat bahagia dengan bayi yang ada di dalam kandungannya, buah hatinya bersama suaminya Adam.
Ketika ditemui media di TPS 91 Pondok Pinang, Kebayoran Lama, Inul tampak penuh semangat menunggu kelahiran kandungannya yang kini mencecah usia lapan bulan.
Dia dijadualkan bakal melahirkan anak sulungnya itu pada akhir Mei nanti secara pembedahan caesarean.
Belum pun melahirkan anak, Inul bagaimanapun sudah menyimpan azam untuk berdiet selepas melahirkan anaknya itu nanti.
"Saya akan berdiet demi kesihatan saya dan anak," ungkapnya.
Penyanyi dangdut yang memiliki perniagaan karaoke itu juga mengatakan dia akan menjaga anaknya sendiri walaupun ada pengasuh. Ini kerana Inul tidak betah jika tidak melakukan sebarang pekerjaan.
"Walaupun ada pengasuh, saya tetap akan mengawasi bayi saya itu nanti kerana saya tak betah jika tidak berbuat apa-apa," tegas Inul yang berharap anaknya itu nanti memiliki wajah kacak seperti Ridho, anak raja dangdut Rhoma Irama.
"Ya, biarlah kacak seperti Ridho," ungkap Inul.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: