Saturday, April 11, 2009

Kes injunksi Roslin tangguh 21 April


ROSLIN



FAIZAH


KUALA LUMPUR - Permohonan pemain badminton, Mohd. Roslin Hashim bagi mendapatkan perintah injunksi sementara bagi melarang bekas isterinya mengeluarkan kenyataan ditangguhkan Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam kepada 21 April depan.

Hakim syarie, Mohamad Shakir Abdul Hamid menetapkan tarikh tersebut ekoran pihak plaintif (Roslin) memaklumkan baru menerima afidavit jawapan kepada permohonan itu pagi semalam.

Menurut peguam syarie, Roslizam Rahim yang mewakili Roslin, kedua-dua belah pihak sepatutnya berhujah secara lisan semalam berhubung bantahan yang dikemukakan Faizah Mohamed dan abangnya, Zulkifli (responden) pada 13 Mac lalu terhadap permohonan Roslin.

Responden melalui peguam syarie, Musa Awang kemudian diarahkan menyediakan afidavit jawapan dalam tempoh 14 hari.

Sehubungan itu, Roslizam memohon penangguhan kes supaya pihaknya dapat meneliti dokumen tersebut sebelum memfailkan jawapan bagi hujahan lisan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: