|
|
MUNGKIN ramai yang beranggapan rumah tangga selebriti Annisa Pohan dan suaminya Agus Harimurti Yudhoyono sedang retak menanti belah.
Agus merupakan anak lelaki sulung presiden ke-6 Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.
Gosip itu tersebar berikutan mereka sering berjauhan. Meskipun begitu, Annisa memberitahu, hubungan mereka masih lagi baik, apatah kehidupan mereka kini berseri dengan kelahiran puteri sulung mereka, Almira Tunggadewi Yudhoyono pada tanggal 17 Ogos 2008, tepat pada Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke-63 lalu.
Menurut Annisa, mereka berjauhan kerana tuntutan tugas suaminya sebagai tentera yang sering ditugaskan di luar daerah dan negara.
"Saya sudah terbiasa dengan keadaan ini. Masih ada cara untuk kami berhubungan, misalnya menerusi telefon dan internet.
"Sekarang dia berkursus di Jerman selama tiga minggu. Baru saja dia pergi," ujar Annisa.
Malah, beritahunya lagi, dia dan anaknya itu sudah terbiasa dengan senario tersebut.
"Ya, kalau bab sering ditinggalkan itu perkara biasa, nampaknya anak pun sudah terbiasa dan memahami. Agus biasanya bawa cenderahati untuk Aira, biasanya dia belikan baju," ungkapnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: