|
|
JAKARTA - Seorang pelakon drama Bawang Putih, Bawang Merah, Nia Ramadhani (gambar) terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital setelah dia tiba-tiba sakit di lokasi penggambaran, lapor sebuah akhbar semlaam.
Nia membawa watak Bawang Merah dalam drama itu dihantar oleh krew penerbitan ke Hospital MMC di Kuningan, Jakarta Selatan setelah mengadu sakit pada tengah hari Isnin lalu.
Pengurusnya, Didi mengesahkan pelakon berumur 18 tahun itu dimasukkan ke hospital.
"Dia disahkan menghidap penyakit tifus dan kepenatan," kata Didi kepada akhbar Internet detik.com Selasa lalu.
Nia atau nama sebenarnya, Prianti Nur Ramadhani menginap di bilik untuk tetamu kenamaan (VIP) sambil ditemani ibunya, Chanty Mercia.
Gadis itu mulai terkenal pada 2007 setelah membintangi tiga filem seram.
Dia turut dikaitkan dengan beberapa selebriti Indonesia seperti Ressa Herlambang, penyanyi kumpulan Samson, Bams dan Adnan Yasin Limpo.
Pada pertengahan Oktober lalu, Nia keluar bersama anak ahli politik terkenal Aburizal Bakrie iaitu Ardiansyah Bakrie. - Agensi
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: