Thursday, October 23, 2014

Teh O cuma 50 sen


  • Rohaizat dan Yusmira berazam untuk memajukan Kedai Teh O 50 sen yang mendapat sambutan ramai.Rohaizat dan Yusmira berazam untuk memajukan Kedai Teh O 50 sen yang mendapat sambutan ramai.

PORT DICKSON - Ketika segelintir orang ramai mengeluh dengan kenaikan harga barang, sebuah kedai makan terletak berhampiran dengan Masjid Khariah Bagan Pinang mengambil iniasitif segelas teh  O dengan harga 50 sen.

Kedai diusahakan Rohaizat Abd Khalid, 34, bersama isterinya, Yusmarina Mokhtar, 32, baru saja seminggu beroperasi.

Menurut Rohaizat, idea meletakkan harga 50 sen bagi secawan teh O datang secara spontan.

"Ini bukannya bermusim atau sekadar untuk promosi sempena pembukaan kedai ini, sebaliknya harga ini adalah untuk selama-lamanya.

“Malah, kedai teh O 50 sen diangkat sebagai nama kedai ini yang setakat ini beroperasi dengan menyediakan hidangan sarapan pagi dan makan tengah hari dengan harga berpatutan.

“Saya juga berhasrat untuk memanjangkan waktu operasi kedai ini hingga waktu malam dan mempelbagaikan lagi hidangan menu makanan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Rohaizat berkata, ada sesetengah pelanggannya tidak percaya harga secawan teh O yang dikenakan.

“Ada pelanggan tetap membayar RM1.20 dan terpaksa saya kejar hingga ke kereta mereka untuk memulangkan baki duitnya.

“Malah, ada segelintir pelanggan terperanjat dengan harga itu dan memberitahu ia terlalu murah dengan harga barang yang semakin mahal hari ini.  Tapi ada juga yang menasihatkan saya menaikkan sedikit harganya,” katanya.

Rohaizat berkata, walaupun teh O di kedainya jauh lebih murah berbanding kedai lain, namun kualiti serta rasa masih sama.

“Menjual 50 sen untuk secawan teh O, ia tidak akan jejaskan perniagaan, malah kami juga sebenarnya berniat untuk berniaga sambil bersedekah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: