- Pusat jagaan kucing terbiar yang dibina untuk kucing yang ditemui didera, sakit dan dilanggar kenderaan.
KUANTAN - Pengurusan Felda Chini 4 menyokong hasrat pencinta kucing, Maslina Omar, 36, memanfaatkan tanah di felda itu untuk membantu haiwan berkenaan menyambung kehidupan di situ.
Setakat ini, semua kucing yang dibantu di pusat jagaan kucing yang dikenali sebagai Kucing Valley Hajah Maimunah (KVHM) adalah kucing sakit akibat didera, dibuang dan dilanggar kenderaan.
Penolong Pengurus Felda Chini 4, Hamede Hassan berkata, pengurusan Felda menyambut baik usaha Maslina dengan menyediakan tanah bagi memudahkannya menguruskan kucing terbiar dan menyelamatkannya dari terus dianiaya.
Katanya, usaha lain akan diteruskan bagi membantu pusat jagaan kucing terbiar itu dapat dimajukan dan menjadi satu lagi ikon Felda selain produk makanan dan tanaman.
“Kita sudah maklum kesungguhan yang ditunjukkan Maslina dan keluarga sehingga wujudnya KVHM namun saya berharap dia tidak keseorangan dan mendapat sokongan dari masyarakat,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, ada juga yang mengambil kesempatan dengan meletakkan binatang itu di depan pintu tanpa memaklumkan kepada Maslina.
“Paling menyedihkan apabila ada yang meletakkan kucing dalam keadaan yang menyakitkan sedangkan kita sedang berusaha membantu binatang berkenaan supaya tidak teraniaya,” katanya.
Hamede berharap usaha Maslina disokong penduduk Felda kerana mereka juga tidak terganggu dengan kehadiran kucing terbiar selain boleh dikomersialkan sebagai tempat pelancongan.
“Jika sebelum ini, pelancong yang datang ke Felda hanya melawat tempat berkaitan memproses makanan atau tanaman, namun perubahan dan pembangunan boleh mengubah keadaan itu dengan wujudnya taman kucing,” katanya.
Beliau menyasarkan tempoh dua atau tiga tahun untuk KVHM menjadi sebuah taman kucing yang moden dan cantik sekali gus boleh dikomersialkan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan mengenai usaha Maslina membuka pusat jagaan kucing dengan kos RM45,000 dan sudah menyelamatkan 53 kucing dalam pelbagai keadaan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: