- Proses melapah ikan tuna juga memerlukan kepakaran.
INI bukan semata-mata khabar dari Labuan, tetapi kita bakal melihat satu lagi peluang Malaysia menjadi perhatian dunia. Pertama, perdagangan tuna dan kedua industri pelancongan akan meningkat hasil implikasi perdagangan ikan itu.
Aktiviti penangkapan ikan tuna di Labuan berpotensi besar untuk dikomersilkan sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab industri perikanan tuna antarabangsa.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, sekiranya hasrat itu terlaksana, ia akan mendatangkan pendapatan lumayan kepada nelayan dan negara khususnya melalui aktiviti pengeksportan ikan tuna dan pelancongan.
“Labuan didapati sesuai dan tempat yang baik untuk aktiviti penangkapan dan pendaratan ikan tuna. Maka industri perikanan tuna dilihat berpotensi dibangunkan di sini.
“Industri ini jadi pemangkin untuk menjenamakan nelayan dan menjadi mercu tanda nelayan,” katanya ketika bertemu lebih 100 nelayan sempena lawatan ke Kompleks LKIM di Kiamsam, Labuan baru-baru ini.
Irmohizam yang pertama kali melawat kompleks tersebut juga teruja menyaksikan sendiri pendaratan beberapa ekor ikan tuna dianggarkan 70 kilogram seekor di jeti berkenaan.
Menurutnya, dalam mencapai hasrat besar itu, pihaknya akan membuat perangkaan dan kajian teliti kerana ia memerlukan komitmen bersepadu antara LKIM, agensi kerajaan yang terlibat dan pihak swasta.
“Selain agensi kerajaan, untuk menjayakan hasrat ini, ia perlukan kolaborasi pihak swasta,” tegasnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata, potensi pengeksportan tuna di Labuan berlaku semula jadi berdasarkan aktiviti nelayan berjaya mendaratkan banyak ikan tuna selama ini.
Ujarnya, mungkin sahaja Labuan tempat laluan ikan tuna terutama jenis sirip kuning (Yellow Fin Tuna).
“Ikan tuna di kawasan Labuan memang segar dan besar-besar.
“Justeru kompleks untuk pendaratan ikan tuna dengan kelengkapan akan dibangunkan," katanya.
Ujarnya, dengan faktor semula jadi itu ia menyediakan peluang kepada nelayan membangunkan perindustrian tuna dan tidak mustahil Labuan seterusnya Malaysia bakal menjadi pusat perdagangan tuna peringkat antarabangsa sekali gus menjadikan wilayah itu sebagai
pusat komuniti bagi industri perikanan.
Namun tegasnya, semua itu jadi realiti jika Persatuan Nelayan Labuan memberikan cukup komitmen.
Sedia bantu dari segi pakar
Labuan Food Industries Sdn Bhd yang mempunyai kepakaran dalam industri tuna menyokong hasrat itu dan bersedia membantu LKIM.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Sin Teck berkata, pihaknya bersedia mengadakan perbincangan bersama LKIM atau Jabatan Perikanan terutama dari segi kepakaran kerana syarikatnya mempunyai beberapa pakar mengenai ikan tuna.
“Syarikat kami perintis dalam industri pemprosesan ikan tuna sejak 28 tahun lalu. Sudah tiba masa kita perlukan satu hab untuk menarik lebih ramai pembeli dari seluruh dunia.
“Hasrat ini bukan semata-mata urusan jual beli atau berorientasikan perniagaan tapi boleh dijadikan pelancongan apabila orang luar masuk ke Labuan melihat industri ikan tuna di sini,” katanya.
Ujarnya, antara pembeli utama dari negara luar adalah New Zealand, Australia, Amerika Syarikat, Jepun dan Kanada.
Antara produk tuna yang mendapat permintaan ialah burger tuna, steak tuna termasuk spring rolls tuna.
"Bayangkan pembeli tuna mentah atau diproses bertambah dan kita ada pusat pemprosesan standard. Kita perlu tangkap banyak ikan tuna.
“Justeru mesti bangunkan satu hab bagi menarik pembeli. Saya harap kemudahan di kompleks LKIM baru itu untuk aktiviti pendaratan, pemprosesan, pemunggahan dan bilik simpanan pada suhu sesuai untuk simpan tuna dipertingkat,” katanya.
Beliau berkata, penambahbaikan infrastruktur penting dalam usaha mencapai hasrat itu kerana jika pendaratan ikan tuna berlangsung dengan banyak tetapi ia juga sia-sia jika tiada tempat penyimpanan.
Galak industri hiliran dan nelayan moden
Sementara itu Irmohizam berkata, dalam usaha mempertingkatkan sosio- ekonomi, nelayan perlu memperbanyakkan sumber pendapatan lain misalnya pada musim tengkujuh dengan mengkomersilkan industri hiliran berasaskan hasil laut dan generasi muda disaran jadi
nelayan moden.
Beliau mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk pembangunan kompleks nelayan baharu tersebut di mana RM300,000 untuk pembinaan sebuah pasar nelayan manakala RM200,000 untuk mewujudkan dataran perniagaan di kompleks itu.
Pada masa sama, beliau akan menyelesaikan masalah nelayan di sana secara berfasa antaranya berkaitan alat penghalang ombak yang menjadi isu termasuk kelengkapan bilik dingin, stor simpanan dan kemudahan lain supaya kompleks tersebut memberi semangat
kepada nelayan merancakkan industri perikanan negara.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: