Friday, October 10, 2014

Biak ‘keli lembut’ elak pupus


  • Mohd Afandi (lima, kiri) bersama pelatihnya menunjukkan induk keli lembut atau dikenali ikan
keli bunga yang berjaya dihasilkanMohd Afandi (lima, kiri) bersama pelatihnya menunjukkan induk keli lembut atau dikenali ikan keli bunga yang berjaya dihasilkan

PASER PUTIH - Menyedari ikan keli lembut atau keli bunga hampir pupus, usahawan tempatan mengambil keputusan untuk melaksanakan projek pembiakan spesies tersebut secara komersial sejak lapan tahun lalu.

Mohd Afandi Mahamad, 50, berkata, usaha itu dirasakan berbaloi kerana ikan keli lembut lebih mahal harganya dan enak rasanya berbanding keli lain.

“Usaha ini lebih bermakna dan berkesan apabila syarikat Semerak Jaya Agrotech yang saya uruskan diberi tauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk memberi latihan kemahiran kepada lepasan sekolah menerusi Sistem Latihan Dual Nasional.

“Semerak Jaya mula memberi latihan pada tahun 2008 dan untuk siri keempat tahun ini, seramai 15 peserta berusia dari 16  hingga 20 tahun mengikuti kelas kemahiran untuk menjadi Juruteknik Akuakultur Perikananan,” katanya.

Katanya, induk keli lembut atau nama saintifiknya, clarlas macrocephalus diperolehi daripada sumber liar dan dengan membelinya daripada pembekal.

“Induk betina disuntik hormon bagi mematangkan telur, selepas persenyawaan dengan induk jantan, ia bertelur dan menetas dalam tangki yang mana proses itu berlaku dalam tempoh 36 jam sahaja.

“Benih kemudiannya dipindahkan ke kolam tanah bagi membolehkan ia memakan plankton selama 20 hari sebelum dipindahkan ke tangki.

“Anak ikan berusia sebulan mencapai panjang dua inci dijual kepada penternak dan sebahagiannya kami ternak sendiri untuk menghasilkan induk,” katanya.

Menurutnya, ikan keli lembut yang kini dijual pada harga sekitar RM25 sekilogram akan pupus sekiranya tiada usaha pembiakan dilakukan.

“Saya khuatir spesies ini akan pupus kerana habitat diancam pelbagai bentuk pencemaran, sebab itulah saya memilih untuk mengusahakan projek ini yang mana dalam masa sama, ramai usahawan cenderung projek yang sama dapat dilahirkan,’ katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: