Thursday, October 17, 2013

Sambut Halloween di WWSA


WWSA sesuai untuk seisi keluarga bersantai.


KEPADA warga Lembah Klang dan Shah Alam yang tiada sebarang perancangan pada 25 dan 26 Oktober ini, apa kata ambil sedikit masa ke Wet World Water Park Shah Alam (WWSA), Selangor.
Pada kedua-dua hari tersebut, WWSA mengadakan aktiviti yang bertema Scary Night atau Dunia Seram sempena Hari Halloween yang disambut pada bulan Oktober.
Semua tarikan yang terdapat di WWSA seperti permainan luncur air terbaharu, Super Hurricane, Monsoon Buster Adventure dan Thunder River bakal dibuka dari pukul 10 pagi hingga 8 malam pada tarikh tersebut.
Pelbagai acara hiburan disediakan termasuk permainan iTrick or Treat selain hadiah menarik menanti para pengunjung yang mengenakan kostum Halloween.
Rumah hantu
Lebih menarik, elemen-elemen seram seperti dekorasi, aktiviti dan pencahayaan turut dibuat sekali gus menaikkan mood sambutan itu.
Kepada mereka yang mahu menguji tahap keberanian, bolehlah mencuba aktiviti rumah hantu yang dikendalikan oleh Genting's Haunted Adventure.

GELONGSOR air antara tarikan permainan di WWSA.


Genting's Haunted Adventure merupakan tarikan paling seram di Genting Highlands, Pahang.
Ia menawarkan pengembaraan selama 10 minit dengan para pengunjung akan dihantui beraneka bunyi aneh, makhluk-makhluk seram dan elemen-elemen kejutan yang pasti menyentak dada.
Selepas permainan air ditutup pada pukul 8 malam, acara persembahan artis akan bermula.
Pengacara majlis pada kedua-dua hari itu ialah Kumpulan Kecik daripada rancangan hiburan lawak terkenal, Raja Lawak 4.
Turut memeriahkan acara ialah persembahan Lan Kristal, Rozita Izlyn, Lena (AF4) dan Yazid (AF7).
Wet World Water Park merupakan rangkaian taman tema air terbesar di Malaysia dan berada di beberapa lokasi seperti Shah Alam, Selangor; Pedas, Negeri Sembilan dan Batu Pahat, Johor.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: