Thursday, October 3, 2013

Raja Azmi tidak sempat berbulan madu kerana sibuk

RAJA Azmi dan Mohd. Eddie.


KUALA LUMPUR - Penerbit sensasi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, menyatakan dia langsung tidak memikirkan rancangan untuk berbulan madu dengan bakal suaminya, Mohd. Eddie Ghazali selepas mereka berumah tangga pada 13 Oktober ini.
Ini kerana beliau bakal terlibat dalam penerbitan konsert penyanyi veteran Salamiah Hassan di Istana Budaya di sini dari 10 hingga 12 Januari tahun depan.
Bagaimanapun beliau telah menyiapkan segala kelengkapan perkahwinan termasuk pakaian pengantin berharga RM30,000 rekaan pereka fesyen Leslie Varayan.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: