LONDON - Pewaris takhta diraja Britain, Putera Harry dilaporkan bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya, lapor portal hiburan, eonline. com kelmarin.
Harry dikatakan akan mengahwini kekasihnya, Cressida Bonas tahun depan berdasarkan laporan akhbar Daily Telegraph yang dipetik laman hiburan itu.
Perkara itu didedahkan kepada Daily Telegraph oleh seorang sahabat karib Cressida.
Harry sebelum ini tidak berahsia tentang keinginannya untuk berumah tangga.
"Saya meminati kanak-kanak sejak dari kecil. Saya hanya menunggu seorang wanita yang sesuai untuk saya berkeluarga," katanya dalam satu temu bual bersama stesen televisyen Amerika Syarikat, ABC pada tahun lalu.
Dalam pada itu, Harry dan Cressida dilihat keluar bersama untuk menyaksikan konsert penyanyi terkenal, James Blunt yang berlangsung di sini baru-baru ini.
Cressida yang kini menceburi dunia peragaan merupakan bekas graduan sebuah akademi seni tarian di sini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: