Wednesday, October 16, 2013

Komputer pretasi tinggi harga berpatutan


KOMPUTER riba HP Pavilion TouchSmart 14 Sleekbook sesuai untuk pengguna yang mementingkan prestasi komputer untuk kegunaan harian.


HEWLETT-PACKARD (M) Sdn. Bhd. (HP) baru-baru ini mengumumkan variasi produk terbaharunya dengan cip pemproses AMD, sekali gus menawarkan komputer berprestasi tinggi untuk kegunaan harian pada harga berpatutan.
Variasi komputer itu terdiri daripada HP Pavilion TouchSmart 14 Sleekbook, HP Pavilion TouchSmart 11, HP Pavillion TouchSmart 20 dan unit pemprosesan pusat (CPU) HP Envy 110 Desktop PC.
Pengurus Besar Percetakan dan Sistem Peribadi Malaysia dan Singapura, Serena Yong berkata, variasi produk yang baharu dilancarkan itu sesuai bagi semua peringkat pengguna di negara ini.
Katanya, model komputer riba, HP Pavilion TouchSmart 14 Sleekbook misalnya, sesuai untuk pengguna yang mementingkan prestasi sesebuah komputer sama ada untuk kegunaan harian atau hiburan.
“Model komputer peribadi HP Pavilion 20 TouchSmart pula menawarkan nilai-nilai ekonomi dengan konsep komputer 'semua dalam satu' yang menawarkan skrin lebar 20 inci (50.8 sentimeter).
“Sementara itu, komputer riba HP Pavilion TouchSmart 11 yang lebih kecil dan ringan sesuai untuk kegunaan pelajar sekolah dan kolej manakala HP Envy 110 Desktop PC pula menawarkan pilihan komputer yang berkuasa,” katanya ketika majlis pelancarannya di ibu negara baru-baru ini.
Turut hadir ialah Pengurus Negara AMD Malaysia (Jualan), Alex Tan.
Tambah Yong , HP menawarkan gaya baharu kepada pengguna agar kekal produktif dan pada masa yang sama menikmati pengalaman menyeronokkan melalui filem atau permainan video dengan paparan muka mesra pengguna pada harga yang berpatutan.
“Kami berharap dengan variasi komputer baharu yang dikuasakan AMD ini memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan sebuah peranti yang berkuasa, pelbagai fungsi dan berdaya saing,” ujarnya.
Sementara itu Tan berkata, sistem operasi AMD sememangnya direka untuk memberi kepuasan maksimum kepada pengguna.
“Ia tidak sekadar sesuai untuk pelbagai tugasan harian seperti menghasilkan dokumen atau menyiapkan bahan-bahan persembahan tetapi juga mampu menawarkan pemprosesan grafik terbaik dan berkualiti tinggi sejajar dengan keperluan pengguna.
“Variasi produk terbaharu HP dan AMD merupakan gabungan terbaik yang menawarkan rekaan dan kuasa yang dikehendaki pengguna tanpa berkompromi tentang harga,” jelasnya.
Di pasaran HP Pavilion TouchSmart 14 Sleekbook dijual pada harga RM2,199 (skrin sesentuh) dan RM1,899 (skrin biasa); HP Pavilion 20 TouchSmart (RM1,899); HP Pavilion TouchSmart 11 (RM1,299 hingga RM1,499) dan HP Envy 110 Desktop PC (RM899).


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: