- Pulut periuk kera.
Namun, bagi pasangan Abdullah Kayan, 46, dan isterinya, Norashikin Salimin, 41, yang tinggal di Kampung Tenang, Labis, periuk kera bukan sekadar tumbuhan liar atau tanaman hiasan semata-mata, sebaliknya menjadi sumber rezeki bagi mereka terutama sekali menjelang musim perayaan.
Rasa seperti lemang
Menurut Abdullah, masyarakat Melayu di beberapa kawasan sekitar Johor dan Pahang menjadikan periuk kera sebagai acuan untuk membuat pulut periuk kera yang sering dijadikan juadah pada pagi hari raya.
“Rasa pulut periuk kera tidak banyak beza dengan lemang kerana dua makanan tradisi masyarakat Melayu ini mempunyai banyak persamaan dengan pulut dan santan kelapa sebagai bahan utama untuk membuatnya.
“Perbezaannya hanyalah lemang dimasak di dalam buluh dan dimasak dengan cara dibakar beberapa jam lamanya sementara pulut periuk kera pula dikukus dan memerlukan masa sekitar 15 hingga 20 minit untuk dimasak,” katanya kepada Sinar Harian.
Ini juga telah membuka peluang kepada pasangan suami isteri tersebut untuk membekalkan sama ada periuk kera mahu pun pulut periuk kera yang sudah siap dimasak kepada mana-mana pihak yang berminat menjadikan pulut periuk kera sebagai hidangan sama ada pada musim perayaan ataupun hari biasa.
Pada malam raya tahun lepas, Abdullah dan Norashikin bersengkang mata memasak sebanyak 1,500 biji pulut periuk kera ditempah pelanggan yang dijual dengan harga RM1 setiap satu.
Bekalan sukar diperoleh
Abdullah berkata, bekalan periuk kera semakin sukar diperoleh sekarang dimana dia terpaksa mengupah Orang Asli untuk mendapatkan periuk kera tersebut dari hutan Bekok dengan kadar upah RM50 sehari bagi setiap orang berbanding 30 tahun lalu yang banyak terdapat di sekitar kampungnya sahaja.
Bagi Norasikin pula, membuat pulut periuk kera tidaklah begitu sukar dan proses bermula dengan membersihkan periuk kera dengan air, kemudian dibiarkan beberapa ketika sehingga air basuhan tadi kering.
“Kemudian, bolehlah masukkan beras pulut yang sudah siap dibasuh sehingga paras tiga perempat penuh, selepas itu masukkan santan kelapa yang sudah dibubuh garam secukup rasa sehingga tenggelam beras pulut tersebut.
“Selepas proses tersebut selesai, periuk kera yang telah diisi pulut dan santan itu perlu dikukus selama 15 hingga 20 minit dan selepas itu ia sedia untuk dihidangkan,” katanya yang mempelajari resepi membuat pulut periuk kera daripada arwah neneknya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: