HUAXI - Seorang budak lelaki yang berusia dua tahun di China terpaksa dibedah selepas beberapa doktor mendapati dia hamil, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Anak kecil itu, terpaksa dibedah untuk mengeluarkan seorang bayi lelaki di dalam perutnya.
Feng yang berasal dari sini, dalam wilayah Guizhou, dikejarkan ke hospital selepas perutnya membesar sehingga menyebabkan dia sukar bernafas.
Ketika di hospital, anak kecil itu menjalani pemeriksaan X-ray dan pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk mengetahui punca penyakitnya.
Hasil pemeriksaan itu, doktor-doktor mendapati Feng sedang mengandungkan janin kembarnya sendiri yang gagal berkembang.
Dia kemudian menjalani pembedahan dengan segera bagi mengeluarkan janin berkenaan.
Janin tersebut yang dikeluarkan itu berukuran 20 sentimeter lebar dan memiliki tulang belakang dan anggota tubuh yang lengkap termasuk jari tangan dan kaki.
Fenomena itu disebut sebagai kembar parasit
Kembar parasit itu berkembang menjadi seorang bayi lelaki dan telah membesar sehingga mencecah 2/3 saiz perut Feng.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: