Saturday, April 20, 2013

Jumpa bayi perempuan dalam beg plastik


SEORANG anggota polis memegang bayi perempuan yang ditemui dibuang di Kampung Melayu Ampang, Ampang semalam.


AMPANG – Nyawa seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ternyata masih panjang apabila dia ditemui masih hidup selepas dibuang oleh pihak tidak berperikemanusiaan di tepi sebuah rumah dekat Kampung Melayu Ampang di sini semalam.
Bayi seberat 3.23 kilogram tersebut ditemui di dalam satu plastik hitam oleh seorang lelaki berusia 63 tahun pada pukul 7.30 pagi dalam keadaan cukup sifat dan masih bertali pusat.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, lelaki itu curiga selepas terdengar bunyi tangisan bayi ketika melalui kawasan tersebut.
“Sebaik dibuka, dia terkejut apabila menemui bayi perempuan yang masih hidup dan tidak dibalut dengan sebarang kain. Seluruh badan bayi itu juga ada kesan darah,” katanya ketika dihubungi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: