Monday, September 5, 2011

'Tentera semut' terus berleluasa


DUA lelaki dipercayai penyeludup memantau keadaan untuk membawa masuk barangan ke Malaysia melalui Rantau Panjang.


RANTAU PANJANG – Dikejar anggota penguat kuasa sudah menjadi asam garam hidup para penyeludup di sekitar kawasan Sungai Golok di sini yang merupakan sempadan Malaysia dan Thailand.

Bagi mereka inilah adat mencari rezeki, susah dahulu senang kemudian kerana pulangan lumayan hasil kerja menyeludup menyebabkan mereka sukar untuk meninggalkan kerja tersebut meskipun sedar ia melanggar undang-undang.

Upahnya untuk sekali bawa masuk barang tidak banyak, tetapi oleh kerana permintaan tinggi menjadikan kerja itu tidak kehabisan dan sentiasa menunggu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: