JARAKNYA tidak sampai satu kilometer pun dari sempadan Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Kayu Hitam di Kedah.
Namun satu sekatan secara tetap yang beroperasi sepanjang masa bagi mengawal setiap pergerakan masuk ke Malaysia menerusi salah satu pintu utama negara itu.
Dari kenderaan persendirian seperti kereta, van dan motosikal sehingga ke kenderaan awam meliputi bas dan teksi serta lori sebagai kenderaan perdagangan akan diperiksa oleh anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam.
Kenapa perlu diadakan sekatan sedangkan kompleks berkenaan melakukan pemeriksaan terhadap pergerakan keluar masuk di pintu masuk utama negara oleh Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen.
Komander UPP Bukit Kayu Hitam, Asisten Superintendan Muhamad Zunaidi Nairitt Abdullah berkata, walaupun semua kenderaan menjalani pemeriksaan di kompleks namun UPP bertindak untuk membuat saringan bagi mencegah aktiviti penyeludupan.
“Dari segi modus operandi, kebanyakan penyeludup mungkin sudah mengkaji pemeriksaan pihak berkuasa sendiri di kawasan sempadan.
“UPP Bukit Kayu Hitam pula bertindak sebagai penguat kuasa terakhir mematahkan aktiviti penyeludupan sama ada melibatkan barangan atau manusia,” katanya kepada Mingguan mStar ketika ditemui di Bukit Kayu Hitam, baru-baru ini.
Zunaidi berkata, kemungkinan berlaku insiden ‘terlepas’ dalam kesibukan di bahagian pemeriksaan di ICQ termasuk kelicikan penyeludup atau pesalah sendiri.
“Bila ada yang ‘terlepas’ atau terdapat cubaan menyeludup atau membolosi ke negara ini maka UPP merupakan bahagian seterusnya untuk bertindak,” katanya.
Dalam operasi secara tetap yang disertai penulis didapati dua pelancong warga Perancis yang memasuki Malaysia melalui Thailand menggunakan bas ekspres menggunakan pasport yang sah ditahan dalam sekatan berikutan dokumen perjalanan mereka tidak mempunyai cop kemasukan.
Ini termasuk kenderaan milik rakyat tempatan yang menyimpan makanan sejuk beku dari negara jiran namun tidak mendapat kelulusan untuk dibawa masuk untuk tujuan dagangan di negara ini.
Walaupun UPP Bukit Kayu Hitam mempunyai sekatan secara tetap namun sekatan secara rawak dan serbuan di kawasan berhampiran berdasarkan maklumat.
“Tidak dinafikan sekatan di kawasan sempadan berisiko tinggi kerana kebiasaannya kita tidak akan kenal penjenayah tetapi penjenayah lebih mengenali kita.
“Bagaimanapun, semua anggota UPP terlatih dan berpengalaman dalam serta sentiasa bersiap sedia dan bertanggungjawab apabila menjalankan tugas,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: