Fauzia (kanan) memilih pembaca bertuah yang menyertai peraduan The Secret Life of Nora anjuran Berita Harian-New Straits Times.
Begitupun, pastinya kerisauan itu sedikit terubat apabila tempahan tiket menyaksikan muzikal terbabit cukup menggalakkan. Sejak jualan dibuka, orang ramai tidak putus-putus membuat tempahan agar tidak terlepas menonton persembahan penuh warna, irama dan aksi itu nanti.
Bagi Ketua Pemasaran dan Komunikasi produksi terbabit, Fauzia Sultan, sambutan orang ramai terhadap muzikal berkenaan amat memberangsangkan berdasarkan jualan tiket. Namun begitu, bagi mereka yang ingin sama menyaksikannya, peluang berbuat demikian masih ada, dengan mendapatkan tiket yang dijual secara atas talian mahupun di kaunter tiket Istana Budaya.
“Alhamdulillah sambutan yang kami terima sehingga kini amat memberangsangkan dan penjualan tiket sangat cepat, terutama pembelian secara atas talian.
“Sekarang kami sedang membuat persiapan terakhir dari segi pelakon, pentas dan kostum. Raptai penuh pementasan akan dilakukan Rabu ini (semalam),” katanya.
Fauzia ditemui pada majlis cabutan bertuah bagi memilih 36 pembaca akhbar Berita Harian dan The New Straits Times yang menyertai peraduan teater muzikal terbabit. Majlis ringkas berkenaan berlangsung di Balai Berita, Isnin lalu.
Malah, tiket juga masih dibuka kepada syarikat korporat dengan potongan harga menarik di samping potongan harga kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.
“Kita sediakan pakej menarik buat pelajar sama ada pelajar sekolah atau IPT bagi memberi pendedahan dan pendidikan kepada mereka mengenai dunia teater.
“Kita turut menawarkan pakej istimewa iaitu bagi setiap pembelian 10 tiket, dua tiket percuma akan diberikan,” jelasnya.
Pembaca bertuah dua akhbar terbabit yang juga media rasmi muzikal berkenaan bukan saja menerima sepasang tiket untuk menyaksikan pementasan itu, bahkan mereka bakal membawa pulang hadiah menarik lain.
Namun, nama pemenang dan hadiah yang bakal dimenangi mereka akan diumumkan pada 3 Oktober depan pada sebuah majlis lain.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: