
KUALA LUMPUR – Kinderdijk Sdn. Bhd. (Kinderdijk), peruncit kasut Crocs di Malaysia, mengunjurkan pertumbuhan perniagaan sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus pada tahun ini berbanding tahun sebelum.
Menurut Pengarah Urusannya, Gwei Tze-Co, kenaikan itu akan dipacu oleh penawaran model-model dan rekaan baharu yang inovatif dan bergaya bagi memenuhi setiap cita rasa pelanggan di negara ini.
“Beberapa tahun pertama sejak memulakan perniagaan Crocs di negara ini pada tahun 2005, sambutan pengguna amat memberangsangkan dan ini seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan berganda syarikat.
“Walaupun momentum pertumbuhan kini tidak serancak seperti di peringkat awal dahulu, kami akan terus menyediakan lebih banyak variasi menarik kepada pengguna dalam usaha menjadikan Crocs antara jenama kasut pilihan mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran promosi bersama Crocs dengan rangkaian gimnasium Celebrity Fitness di sini baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: