Masers Energy Malaysia Sdn Bhd (Masers) memperuntukkan pelaburan RM95 bilion (AS$30 bilion) untuk projek pembinaan Nasional Smart Grid di Malaysia bagi tempoh 10 tahun.
Pengasas merangkap Presidennya, Datuk Seri Suhaimi Abdul Rahman berkata, untuk permulaan peruntukkan, AS$20 bilion dilaburkan untuk membina 10MW ‘smart grid city, carbon free city’ sebagai projek pertama di Malaysia dan memilih Melaka sebagai lokasi perintis.
“Melaka Carbon Free City, Smart Grid City 2030 akan menjadi salah sebuah negara paling mampan di dunia.
“Malah, pelan induk ini menyaksikan pembangunan bebas karbon dan karbon neutral dengan tenaga solar sebagai sumber tenaga utama untuk menjana Melaka,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Masers Energy Malaysia Sdn Bhd, Trina Solar Pte Ltd dan Seagate Global Group, di Kuala Lumpur, semalam.
Menerusi perjanjian itu, Masers menjadi rakan kongsi bersama Trina Solar dalam menyediakan projek karbon rendah ini di Melaka dan di Malaysia, sementara Seagate sebagai penasihat kewangannya.
Suhaimi berkata, ladang tenaga solar 10MW di Melaka itu dijangka mengurangkan pelepasan karbon dioksida kira-kira 15,000 tan setahun di mana ia akan menjadi ladang tenaga solar yang kos efisien di Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: