Friday, September 30, 2011

Najwa Latif buang ayah?

Belum pun setahun menempa nama dalam arena muzik tempatan, Najwa Latif dihambat kontroversi apabila gadis berusia 16 tahun ini dikatakan sudah tidak berhubung dengan ayah kandungnya sejak beberapa bulan yang lalu.

Bukan itu sahaja, malah penyanyi Cinta Muka Buku ini, dikatakan telah membuang ayah kandungannya dalam kehidupannya. Perkara ini berlaku berikutan satu krisis keluarga yang berlaku dan Najwa tidak dapat menerima tindakan ayahnya ketika itu.

Krisis ini dikatakan berpunca daripada teguran ayah Najwa terhadap dia dan kakaknya, Syafiqa yang bertindak sebagai pengurusnya. Zass mendapatkan ayah Najwa, Abdul Latif Ismail bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara itu.

Namun, Abdul Latif seorang guru di Kota tinggi, Johor, ini tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara berkenaan, tetapi berharap dapat bertemu anak-anaknya sebelum berangkat ke Tanah Suci pada awal Oktober ini.

"Saya tidak mahu cakap apa-apa. Saya bimbang, masyarakat akan berfikir bukan-bukan mengenai keluarga saya dan anak-anak saya. Lagi pula Najwa sedang membina namanya. Apa yang berlaku, saya reda, mungkin ini sudah ditetapkan kepada saya.

"Cuma saya harap sangat dapat bertemu anak-anak saya sebelum ke sana. Saya tidak tahu apa nasib kita nanti. Adakah sihat, sakit atau menemui ajal di sana.

"Saya berdoa dapat berjumpa dengan anak-anak saya, itu sahaja," katanya yang tidak mahu berbicara mengenai masalah yang melanda keluarganya itu.

Najwa ketika ditemui berkata, isu itu terlalu peribadi kerana melibatkan keluarga dan enggan mengulas lanjut.

"Saya minta maaf, ini terlalu peribadi untuk diceritakan. Saya lebih selesa menutup mulut dan tidak mahu memberi sebarang komen. Jika ada pihak yang mahu bercakap, itu terpulang.

"Tetapi saya lebih selesa berdiam diri dan memberi fokus kepada pelajaran dan kerjaya saya yang baru bermula. Saya tidak mahu campurkan kisah keluarga, pelajaran dan kerjaya," katanya.

Mengakui ibu bapanya sudah empat tahun berpisah, Najwa berharap cerita ini dapat dihentikan dan tidak mengundang apa-apa spekulasi lagi.

Ditanya adakah permintaan ayahnya untuk bertemunya serta adik beradiknya akan terlaksana, Najwa hanya terdiam.

"Seperti yang saya jelaskan, perkara ini terlalu peribadi. Sukar untuk saya katakan ya atau tidak. Cuma apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, hati kami masih belum bersedia," katanya yang ditemani kakaknya Syafiqa.

Sementara itu, wakil syarikat rakamannya NAR Records Azahari yang turut menemani Najwa dengan 'selamba' mencelah perbualan dan mahu cerita ini tidak dikeluarkan. Ditanya mengenai sejauh mana syarikat rakaman mengetahui hal ini, jawabnya:

"Kami memang tahu mengenai masalah keluarganya tapi kami tidak mahu masuk campur dengan masalah mereka dan biar mereka urus sendiri," katanya dengan nada agak keras.

Najwa juga menerima anugerah Bakat Anak Muda Selangor baru-baru ini akan muncul dengan single keduanya Carta Hati.

12 comments:

  1. Jgnla buat tajuk kontroversi yg menjatuhkn org. Kite xtau ape masalah sbnr keluarga najwa. Jgn buruk sangka thadap org lain. Mane tau, satu hari nanti jd kt keluarga sendiri.

    ReplyDelete
  2. hilang di shah alam pada 4 julai 2011 dari jam 12 - 7.00 di marah kerana tidak sekolah. dan bapa menelepon GPK 1, najwa ponting ,suruh pergi sekolah jam 11.30 itu sahaja sebabnya.tergamak buang ayah yang membantu kembangkan bakatnya dalam bidang muzik. kejam sungguh

    ReplyDelete
  3. hahahaha propa je sume ni ...

    ReplyDelete
  4. najwa balik la dekat keluarga awak tu.mak awak berpisah dengan ayah aak.awak x kesian ke?awak tu masih muda tahun depan spm dri sapa awk nk mnx maaf cuma dri allah jer.ayah awk nk pergi tanh suci so mnx maaf laa kat dier .

    ReplyDelete
  5. Anak kita...kita yg corak, dia jd artis jika kita dok bg perangsang plak mau tau la...cuba suh dia jd ustazah ka...lain gak la cra dia...

    ReplyDelete
  6. xkn ler sebab kecik nak buang bapak.....insaflah...ti kalau nk kawen bapak jugak yg dicari tok jadi wali...benci mane pun kat bapak "air dicincang xkan putus"...ingatle jasa bapak membesarkan kita..bg sekolah...jgn sebab kecik trus berdosa seumur hidup..insafla ye dik...

    ReplyDelete
  7. baru nk popular sikit.. da lupe keluarga.. bukannye popular sangat p0n..puiihhh

    ReplyDelete
  8. yg nk amik tahu sgt pasal keluarga dia pehal erk..... dulu korang xpernah amik tahu pon.... tuduh bukan2..... konon baik ar sgt jgn buang ayah.....korang tahu kew crita sebenar... klu xtahu baik diam....diam tu lebih baik dari berkata2...

    ReplyDelete
  9. janganlah berlagak sangat najwa..awak n kakak awak bukannya cantik sangat sampai nak lupa diri..lainlah kalau rupa awak macam angelina jolie..barulah orang tengok

    ReplyDelete
  10. jangan terlalu berlagak najwa.orang cuma kesiankan ko aje.suara ko pun bukannya sedap sangat.ko n kakak ko tergedik2 aje dalam tv seolah muka ko cantik sangat.

    ReplyDelete
  11. Alah biasa ler kalau emak dan ayah dah berpisah. Anak akan terasa bagaimana layanan ibu atau ayah dan dari situ mereka mula memilih siapa yang menyayangi mereka. Hendak pulak sekarang anak tersebut dijaga oleh ibunya maka kepercayan lebih kepada si ibu. Bertambah sakit hati lagi si anak jika sepanjang perpisahan tersebut si bapa tidak bertanggung jawab memberi nafkah kepada anak-anak. Bila anak-anak sudah mula berjaya barulah si bapa sibuk mencari dan mahu berjumpa dengan anak-anak. Apa pun marilah kita berdoa yang terbaik untuk Najawa. Insyallah.

    ReplyDelete
  12. Diam tu kan lagi baik dr berkata-kata. Kita tokleh ckp slagi kita x slami apa yg dirasai oleh seseorang. Skrang ramai yg bemuka-muka. Rambut sama hitam hati lain-lain. Kesian pd org yg kita kutuk tu. Try rasa apa yg dia rasa. Allah lebih mengetahui

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: