Thursday, September 29, 2011

Bakat mereka curi tumpuan

BERBAKAT...Awi dan Rafael berkongsi minat dan kesungguhan dalam bidang seni.
BERBAKAT...Awi dan Rafael berkongsi minat dan kesungguhan dalam bidang seni.

WALAUPUN berlainan latar belakang, genre muzik dan perjua�ngan seni, anak muda yang baru mencuba nasib dalan dunia seni, Awi Rafael, 25, dan Nashrin, 22, punya satu persamaan iaitu pengorbanan besar dengan berhijrah meninggal�kan keluarga demi me�ngejar impian menjadi penyanyi.

Awi atau nama sebenar, Mohd Nabawi Ewan Gunawan Rafael, baru saja menetap di Cheras selepas bertahun-�tahun berulang-alik dari bandar kelahirannya di Singapura, baru kini selesa dan mampu bernafas kemas kerana sudah mendapat kediaman sendiri.

  • Foto

    Mohd Nabawi Ewan Gunawan Rafael

  • Foto

    Wann Nashrinie Zafr

  • Foto

    PERANTAU...demi mengejar impian dua anak muda ini sanggup berjauhan dengan keluarga.

Berbeza pula senario Nashrin, anak muda kelahiran Ipoh ini masih gigih berulang-alik ke Kuala Lumpur bagi melunaskan segala undangan seni kerana masih terikat de�ngan kerjaya tetapnya sebagai eksekutif dalam lapangan perbankan di Pulau Pinang.

Awi yang kini popular dengan lagu Pulanglah, adalah warga Singapura yang mencari rezeki di Malaysia. Selepas puas menongkah pelbagai ranjau, bakatnya menjadi perhatian Warner Music Malaysia lantas dijadikan tempat berlindung di bumi orang ini.


“Sebagai anak perantau, memang tidak mudah laluan saya jalani. Bagaimanapun, saya begitu bersyukur kerana sekarang saya sudah mencapai apa yang pernah saya impikan walaupun masih baru.


“Setidak-tidaknya saya sudah nampak jelas ke mana arah tuju yang perlu saya pergi dan apa yang seterusnya perlu saya rencana bagi mengukuhkan lagi laluan yang sudah dipilih.

“Soal berhijrah dan terpaksa meninggalkan keluarga di Singapura adalah satu aspek yang sudah saya fikirkan dulu. Mahu atau tidak, saya perlu berkorban jika inginkan sesuatu yang pernah diidamkan.

“Mujur keluarga memahami dan sentiasa menyokong apa saja yang saya ingin lakukan. Bagi saya, sokongan dan restu keluarga adalah kekuatan dan resipi peribadi untuk terus berdiri,” katanya.

Meskipun masih baru dalam gelanggang seni suara, jadual seni Awi dan Nashrin begitu padat. Peluang bertemu Awi dan Nashrin ketika menjayakan Karnival Gegaria Harian Metro di Ipoh, Perak minggu lalu, digunakan sebaiknya untuk menggandingkan mereka dalam satu fotografi.

Hanya meletakkan kedua-duanya di taman bunga bersebelahan dengan hotel penginapan untuk merakam�kan wajah terbaik petang itu, masing-masing tidak kekok memberikan kerjasama. Kedua-duanya punya wajah menarik dan pesona tersendiri.

Awi baru muncul dengan album solo memuatkan lima lagu, Pulanglah, Aku Bukan Bintang, Bukankah Aku, Bila Aku Jatuh Cinta dan Panas semuanya ciptaan sendiri dan lagu Pulanglah nyata membawa tuah kepadanya.

Nashrin, pemenang tempat kedua program realiti MyStarz LG musim kedua, mula mencari arah terbaik dengan mempertaruhkan lagu Fobia Cinta dan bernaung satu bumbung dengan Awi di Warner Music.

Awi mengharapkan agar ada ruang buatnya berkarya di sini selain memperbaiki apa yang longgar bagi terus memancing selera peminat tempatan.

“Alhamdulillah album solo saya sudah berada di pasaran dan setakat ini lagu Pulanglah begitu hangat diputarkan di radio tempatan. Siapa sangka, percubaan berani itu membuahkan hasil dan menerima reaksi positif di sini. Saya sendiri gembira dan bersyukur dengan percaturan yang diberikan buat saya.

“Sekarang saya sibuk mempromosikan single kedua yang akan menyusur tidak lama lagi selain menyiapkan beberapa lagu untuk penyanyi-penyanyi lain di sini. Saya baru selesai merakamkan lagu Hanya Lelaki Ini untuk Hazama.

“Itu juga satu cenderahati istimewa buat saya apabila ada pula penyanyi tempatan yang percaya untuk menggunakan khidmat saya sebagai komposer. Insya Allah jika ada rezeki, saya ingin terus bertapak di sini dan memartabatkan industri muzik serantau menerusi bakat yang ada. Apa yang penting adalah jujur dan ikhlas,” katanya.

Mendengar cerita Awi dan segala macam pengalaman sepanjang mencari tapak dalam dunia seni, Nashrin yang memiliki senyuman manis, hanya setia mendengar.

Sejak berjaya mencipta nama di My Starz LG lebih tiga tahun lalu, Nashrin mula mencari arah terbaik buatnya. Berpaksikan minat dan kesung�guhan, anak sulung dari tiga beradik ini gagahkan diri untuk membuat kedua-dua kerja dalam satu masa hingga perlu berulang-alik Kuala Lumpur Pulau Pinang.

“Jadual harian saya memang memenatkan dan ada kalanya macam nak pengsan kerana setiap hari saya perlu bekerja ikut waktu pejabat di bank di Pulau Pinang dan kemudian hujung minggu jika ada undangan saya perlu pula ke Kuala Lumpur.

“Namun itulah lumrah dan pengorbanan yang perlu saya lakukan demi melunaskan permintaan orang tua yang ingin melihat saya punya kerjaya tetap.

“Bagaimanapun semua itu adalah satu semangat buat saya walaupun terpaksa merentas lebuh raya Utara Selatan hampir setiap minggu. Bukan tidak mahu berhenti atau meletak sepenuh fokus pada satu kerjaya sebaliknya saya punya sokongan yang kuat dari majikan serta teman-teman lain membuatkan saya sayang untuk meninggalkannya.

“Insya Allah jika ada rezeki atau peluang yang lebih baik, pasti saya akan pertimbangkan untuk memilih satu lapangan saya agar perhatian yang diberi lebih baik dan tersusun. Saya bercadang untuk menetap di Kuala Lumpur pada hujung tahun ini,” katanya.

Bakal melancarkan album penuh pada 5 Oktober depan, Nashrin gigih merencana perjalanan seninya agar tidak tersasar atau muda lenyap begitu saja.

“Memang banyak cabaran dan dugaannya kerana lapangan seni bukanlah semudah yang dilihat. Namun saya bersyukur kerana masih dijanjikan album penuh seperti ini meskipun lewat berbanding yang lain. Sekurang-kurang�nya perjuangan saya ketika di MyStarz LG dulu berbaloi dan tidak hilang seperti mana kebanyakan bintang realiti lain.

“Alhamdulillah album penuh itu nanti akan turut memuatkan lagu ciptaan Acap berjudul Percaya Pada Luka dan konsepnya masih sama iaitu pop. Malah syarikat rakaman juga sudah pun memberikan pelan pemasaran buat saya yang mana jika mengikut perancangan yang betul, album kedua pula akan menyusul kemudian.

“Saya fikirkan itu semua adalah terbaik buat pendatang baru seperti saya.

Soal popular atau publisiti bukanlah satu masalah besar sebaliknya apa yang menjadi keutamaan adalah kualiti lagu dan sambutan daripada pen�dengar. Saya hanya berharap agar peminat dapat menerima dan menyukainya nanti,” katanya.

Terbaru, kedua-dua anak muda berbakat besar ini akan disatukan sekali lagi dalam persembahan eksklusif pada majlis penganugerahan Anugerah Skrin TV3 nanti. Awi akan muncul dengan lagu Pulanglah dan Nashrin pula mengambil alih pentas menerusi lagu Fobia Cinta.


PROFIL

Nama penuh: Mohd Nabawi Ewan Gunawan Rafael
Tarikh lahir: 23 Julai 1986
Umur: 25 tahun
Tempat lahir: Singapura
Keluarga: Anak bongsu daripada tiga beradik
Kerjaya: Penyanyi dan komposer
Idola: M Nasir, Yuna, Aizat dan ramai lagi
Pendidikan: Ijazah dalam Perundangan dan Psikologi di Universiti Australia
Album: Awi Rafael


PROFIL

Nama penuh: Wann Nashrinie Zafri
Tarikh lahir: 14 Oktober 1989
Umur: 22 tahun
Tempat lahir: Ipoh, Perak
Keluarga: Anak sulung daripada tiga beradik
Kerjaya: Penyanyi dan Eksekutif Bank
Idola: Innuendo, VE dan ramai lagi
Album: Nashrin
Pencapaian: Naib Juara MyStarz LG musim kedua

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: