Thursday, September 29, 2011

Min Young kekasih Min Ho


PARK MIN YOUNG


PENGHUJUNG Ogos lalu telah didedahkan secara rasmi aktres Park Min Young merupakan kekasih hati aktor popular Lee Min Ho.

Mereka telah bercinta hampir dua bulan sejak menamatkan penggambaran drama yang dilakonkan bersama iaitu City Hunter.

Menurut laporan media di Korea Selatan, mereka berdua tertarik antara satu sama lain apabila terlibat dalam penggambaran drama City Hunter. Apabila penggambaran tamat hubungan mereka semakin rapat.

Agensi Lee Min Ho memberitahu: "Mereka mula mempunyai perasaan antara satu sama lain ketika berlakon dalam drama City Hunter. Sekarang mereka masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing tetapi kami tidak tahu sejauh mana perkembangan hubungan mereka setakat ini.

Agensi Park Min Young pula berkata: "Memang benar kedua-dua mereka mempunyai perasaan antara satu sama lain. Saya rasa Park Min Young cuba untuk mengenali siapa diri sebenar Lee Min Ho bukannya sebagai aktor yang popular. Meskipun begitu pihak agensi tidak tahu mengenai kehidupan peribadinya."

Menurut teman rapat mereka: "Lee Min Ho dan Park Min Young cuba untuk tidak memperlihatkan hubungan mereka pada umum. Jadi, mereka sangat berhati-hati apabila mereka bertemu. Apabila mereka bertemu di luar mereka selalu membawa rakan bersama."

Apabila disoal pada Park Min Young bagaimana dia boleh mendapatkan kekasih memandangkan jadual kerjanya yang padat, jawabnya: "Saya bercinta di dalam drama. Saya ingin sangat memegang tangan dan berjalan bersama kekasih ketika sambutan Krismas."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: