Tak lama dulu ada juga khabar tak baik pasal mereka yang dikatakan mengalami masalah. Tapi selepas itu Che Li ada jumpa mereka dalam satu majlis bersama-sama. Sahlah cerita tak elok pasal rumah tangga mereka tidak benar. Tapi baru-baru ini ada juga orang industri tanyakan Che Li pasal mereka. Che Li kata tak tahu sajalah sebab daripada pertemuan lalu itu Che Li buat andaian mereka masih rukun dan tiada masalah.Bila bertemu Shikin tu, Che Li ada buat-buat tanya. Shikin hanya tergelak mengatakan suaminya bekerja pada hari itu. Sebab itu tak dapat nak bersama-sama menghadiri majlis rumah terbuka anjuran rakan-rakan media. Semasa hadir ke rumah terbuka seorang rakan artis pun Shikin kelihatan bersama anak dan rakannya. Bila dibuat-buat tanya lagi Shikin ada buka mulut sedikit. Daripada apa yang dicakapkannya... bunyinya macam ada sedikit masalah. Tapi belumlah parah sebab mereka masih lagi tinggal bersama. "Masih tinggal bersama... tapi ada masanya buat hal masing-masing," kata Shikin yang mengundang lebih banyak pertanyaan. Che Li tak mahu membayangkan perkara yang tak baik. Che Li kenal sangat dengan kedua-duanya. Mungkin sekarang ini tengah selesaikan perkara kecil, jadi mereka buat hal masing-masing. Bila dah sejuk nanti, selesailah tu. Biasalah dalam rumah tangga mesti ada masa pasang surutnya. Mereka sudah matang selepas lapan tahun mendirikan rumahtangga. Pasti masalah itu akan dapat diselesaikan secara baik. Bukan masalah orang ketiga pun... sebab Che Li tak ada dengar pasal suaminya Zull ada buah hati lain. Jadi pandai-pandailah menanganinya dengan baik. Bulan-bulan Syawal yang mulia ini, kan tak elok kalau dengar pasal masalah rumahtangga. Che Li: Apa kata kalau pasangan yang sedang bermasalah itu pergi honeymoon lagi sekali ke tempat yang indah, pasti masalah dapat diselesaikan dengan baik. | Beberapa kali juga Che Li nampak penyanyi dangdut Shikin hadir ke majlis rumah terbuka dengan hanya ditemani anaknya sahaja. Mengapa tak bersama suami?
Thursday, September 29, 2011
Shikin ada masalah ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: