Monday, September 5, 2011

Derita mualaf akibat kanser kulit


Nurazrin menunjukkan kudis di leher suaminya Muhammad Nazri yang menderita penyakit kanser kulit di Kuala Selangor baru-baru ini.


KUALA SELANGOR – Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini benar-benar menguji keimanan seorang mualaf angkara penyakit kanser kulit yang dideritainya semakin serius sejak tiga bulan lalu.

Lebih menyedihkan, mangsa, Muhammad Nazri Nuwis Abdullah, 39, yang sudah tidak lagi bekerja terpaksa menanggung kos perubatan dan perbelanjaan harian lebih RM1,000 sebulan.

Menurut Muhammad Nazri, dia yang merupakan golongan albino sejak kecil kini tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari kerana ia menyebabkan kulitnya gatal.

“Jika dibiarkan ia boleh membuatkan kulit mengelupas teruk. Ada beberapa bahagian kulit di badan dan tengkuk telah menampakkan isi daging dan urat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: