Thursday, September 29, 2011

Suara Lady Gaga Buat Simon Cowell Jadi Bosan

Simon Cowell

BIARPUN ramai yang memuja penyanyi berpenampilan pelik Lady Gaga, namun bagi Simon Cowell suara penyanyi tersebut membosankan.

Selain Lady Gaga, Simon turut melabelkan Beyonce dan Katy Perry juga mempunyai suara yang menjemukan jika tidak dibantu dengan penampilan mereka.

“Kalau kamu hanya mendengar suara dan lagu-lagu mereka sahaja di radio tentu kamu akan bosan, terutamanya suara Lady Gaga.

“Dia beruntung kerana dibantu dengan imejnya yang unik dan mampu menarik perhatian pendengar lagu-lagu mereka,” katanya seperti dipetik Contact Music.

Selain itu, Simon turut mengkritik Ryan Seacrest sebagai kurang cerdas berbanding pengacara program X-Factor, Steve Jones.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: